Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan dan adiknya dalam kebakaran sebuah rumah September tahun lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd. Fauzi Selamat, 46 tahun, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.